Tuesday 10 February 2015

Jangan Ambil Kerja Tuhan!

Assalamualaikum,

Pesanan ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan anda. Mari muhasabah diri =)

Jangan Ambil Kerja Tuhan Usaha Doa Tawakkal

Jangan Ambil kerja Tuhan! Amboi bukan main kontrovesi lagi tajuk kali ni kan. Tapi betul. Perasan tak selama ni kita sering Terambil kerja Tuhan. Kita ada bermacam-macam perancangan dalam hidup nak buat itu ini tapi kita persoalkan bolehkah aku buat itu, bolehkah aku buat ini. Aku nak buat bisnes tapi macam mana kalau aku gagal dan sebagainya. Apakah kerja kita? Kita disuruh berusaha dan berdoa dan tawakallah dengan setiap ketentuan tuhan.

Sebagai Ibubapa pula kita memang merancang yang terbaik untuk anak-anak sehinggakan urusan rumahtangga anak-anak pun kita nak tentukan dan kita merasakan perancangan kita adalah terbaik sehingga kita terlupa bahwa perancangan Allah s.w.t itulah yang paling baik.

Saya melihat pada orang-orang yang berjaya kebanyakannya adalah mereka yang sangat dekat dengan Allah s.w.t. Mereka mengusahakn sesuatu yang mereka mahukan dan bersedia menghadapi segala keputusan Allah s.w.t. Apa yang nak dirisaukan sekiranya kita dah berusaha. Allah s.w.t juga telah berfirman "Barang siapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya.

Dalam konteks hidup saya pula. Saya merancang untuk menjaga anak sambil menjana pendapatan dari rumah. Untuk merealisasikannya saya telah ambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan dan mencuba perniagaan secara online. Keadaan saya beberapa minggu ini sangat tertekan sehingga saya mendapat bermacam penyakit demam, batuk yang sangat teruk, selsema, tekanan darah rendah, sukar bernafas dan terbaru jangkitan kuman pada mata. Saya tertekan kerana memikirkan kegagalan yang bakal saya temui dan saya perlu meneruskan kerjaya saya seperti biasa. Saya membayangkan rutin harian saya bekerja dan bertemu/bermain dengan anak cuma 2-3 jam sehari. Kadang-kadang cuma sempat ambil dia bawa masuk tidur bersama.

Seorang rakan telah menghantar email dengan pesanan Jangan Ambil Kerja Tuhan ketika kita terlalu banyak berfikir kita sering Terambil Kerja Tuhan. Saya terduduk. Ya Allah, malunya saya.. saya berusaha dan berdoa tapi tawakal entah ke mana. Semuanya memakan diri sehingga kerja tak dapat dijalankan dengan sempurna, Tak kesah lah samada jadi jurutera atau usahawan asalkan saya dapat menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan rezeki yang saya cari mendapat keberkatan. Semoga Allah s.w.t memberikan kita kekuatan dan kejayaan duniawi dan ukhrawi. Amin.

No comments:

Post a Comment