Monday 9 February 2015

Bertenaga Ketika Berpantang Dengan ESP

Teringat ketika berpantang dulu badan lesu tak bermaya. Masa tu Naufal kena jaundice ulang-alik saya dan husband ke hospital. Naufal di tahan selama 3 hari di tahan di wad NICU Hospital Sungai Buluh kami perlu buat rawatan susulan di Hospital dan Klinik berdekatan. Kuning Naufal dikesan waktu dia berusia 3 hari , masa tu tahap kuning nya tersangat tinggi.

Baby Demam Kuning atau Jaundice wad NICU Hospital Sg Buloh
Wad NICU Hospital Sungai Buloh


Saya dan suami sangat-sangat tertekan bukan sebab penat tapi risaukan keadaan Naufal, mana taknya itulah anak yang Allah s.w.t kurniakan kepada kami setelah 5 tahun perkahwinan. Mengalir air mata kami berdua ketika Naufal dimasukkan dalam mesin. Selama 3 hari di wad saya memang tak dapat nak tidur langsung risau anak tersedak ke hape kat dalam tu. Saya cuma tidur pada waktu pagi bila suami sampai ke hospital dan boleh tengokkan Naufal. Ada sesetengah bayi tak suka duduk dalam mesin tu, kata nurse mesin tu paling tinggi suhu dan kuat pancarannya. Tapi saya tengok Naufal suka sangat duduk dalam tu, tidur nyenyak. Pernah doktor buat pemeriksaan pada waktu pagi dan tarik dia keluar dari mesin, terus menangis. Doktor pun masukkan semula sambil cakap 'sorry baby' terus Naufal diam semula dan sambung tidur. Terlalu lama dalam mesin menyebabkan kulit Naufal menggelupas teruk.

Baby Demam Kuning atau Jaundice wad NICU Hospital Sg Buloh
Naufal selepas rawatan 

Saya akan pastikan setiap 2 jam Naufal diberi susu badan. Sangat menyedihkan susu badan saya sikit sangat waktu tu tapi saya paksa perah guna pam dan tangan sampai dada terasa sangat perit sekali. Mungkin juga sebab saya tertekan jadi susu tak terhasil. Itulah yang saya lakukan sepanjang malam sambil pantau keadaan Naufal. Syukur sangat wad di Hospital Sungai Buluh memang sangat selesa kemudahan pun lengkap dan nurse baik-baik. Ketika di wad ini lah saya mula mengerti betapa power nya susu ibu. Hati dan jantung bayi yang belum matang meyebabkan bilirubin yang bersifat tak larut ini tak dapat di proses untuk di nyah melalui najis. Kadar bilirubin yang tinggi dalam badan tulah yang menyebabkan kuning tinngi. Hanya susu ibu yang dapat membantu mematangkan jantung dan hati bayi.

Ada yang menyarankan saya bermacam-macam cara, boleh lihat entri  saya tentang Mitos Rawatan Demam Kuning atau Jaundice. Namun dengan kenyakinan yang tinggi terhadap anugerah Allah ini  (susu ibu) maka taklah saya cuba petua yang disarankan. Bukannya malas tapi risau juga ada yang cakap berkesan guna cara-cara yang di nyatakan ada juga yang tak berkesan malah bertambah teruk.

Lepas Naufal keluar dari wad kami perlu buat pemeriksaan susulan di klinik berdekatan, tiap-tiap hari Naufal kena cucuk. Bila tengok anak meraung saya pun meraung sekali tapi tak keluar bunyinya. Tak tergamak rasanya lihat kaki yang kecil di ambil darah. Paling teruk pada hari ke-14 dia perlukan 4 botol kecil darah Naufal untuk buat siasatan. Saya dihalau keluar oleh nurse bertugas yang kedengaran cuma raungan Naufal dengan volume yang paling Max sampai serak-serak suara. Berderai-derai air mata saya di luar mengharapkan sesi ambil darah tu cepat habis. Setelah selesai tangisan Naufal masih kedengaran tercicir-cicir, bila saya peluk dia terus tertidur, kepenatan agaknya.

Kuning Naufal sekejap turun dan  sekejap naik. Naik pun bukan di tahap membimbangkan. Sehinggalah pada hari ke-30 genap sebulan usia Naufal kuning nya turun dengan mendadak berbeza dengan 3 hari lepas. Gembira tak terkata sebab doktor kata tak perlu datang lagi. Tak perlu cucuk lagi.

Badan saya sangat lesu kerana perlu ulang-alik ke hospital dan perlu bangun setiap 2 jam untuk menyusukan anak, tetapi mujurlah ada ESP. Kadang tak sempat makan saya akan bancuh ESP dan VICO yang memang menjadi kegemaran saya. Saya sebenarnya ketagih minum ESP sebab rasanya yang sedap. Mujurlah Bagi Ibu yang breastfeed tak digalakkan minum banyak sangat. Bila minum ESP saya jadi bertenaga dan tahan lapar. Susu yang terhasil pun pekat buat saya gembira sangat. Itulah sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan.

4 comments:

  1. Kesiannya Naufal. takpe, sekarang dah jadi hensem boy. ESP memang terbaik untuk ibu menyusukan. bukan hanya bagi tenaga tapi bagus untuk banyakkan susu kita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zarith.. Hawa pun rasakan perubahannya. Yang penting rasa nya mmg lazat..hehe

      Delete
  2. sedihkan bila tengok anak kena cucuk.
    yes. ESP terbaik untuk beri tenaga.

    ReplyDelete