Blog ini diusahakan oleh seorang ibu, isteri dan jurutera muda yang baru sahaja berusia 26 tahun dan akan menyambut hari jadinya yang ke 27 pada bulan Oktober tahun 2015.Saya mempunyai seorang cahaya mata hasil dari 5 tahun perkahwinan. Saya berharap blog ini dapat , memberi manfaat kepada semua dan berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan lebih baik untuk kebaikan bersama.
Tak banyak yang nak dicerita tentang saya kerana saya hanyalah seorang manusia biasa. Saya bersekolah di 5 buah sekolah yang berlainan sepanjang 5 tahun sekolah menengah. Dari sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Pondok, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama kerajaan dan Sekolah Asrama Penuh/Sek. Bestari, macam-macam orang juga saya dah jumpa, macam-macam rentak dan ragam yang saya sudah lihat. Kenapa ya saya asyik bertukar sekolah? InsyaAllah saya akan kongsikan mengikut keperluan hehe.
Sebarang artikel dalam blog ini merupakan luahan idea dan perkongsian bersama. Tidak ada niat untuk mencemar peribadi sesiapa, menghina, membenci, menyalahkan antara satu sama lain, mengadu domba, mendengki dan sebagainya. Ianya lebih kepada berkongsi pendapat biarpun kita semua tahu kita mempunyai pendapat yang berbeza dalam setiap isu samada isu pengajaran, isu semasa, isu pelajaran dan sebagainya.

Saya berharap blog ini dapat memberi impak positif ke dalam diri saya dan orang sekeliling saya. Mudahan blog ini tidak menjadi medium mengumpat, memfitnah atau mencaci sesama kita. Terima Kasih kepada Ibu Zarith kerana memberi galakan sehingga tertubuhnya blog ini.
Semoga sentiasa berjaya dlm bidang yg diceburi ;)
ReplyDeleteTerima Kasih Ibu Zarith =)
Delete