Thursday, 19 February 2015

Renungan Bersama

Renungan!

🌑🐝🌑~KETIKA
Aku ingin hidup KAYA...
Aku lupa,
bahwa HIDUP itu sendiri adalah sebuah KEKAYAAN.

🌑🐝🌑~KETIKA...
Aku takut MEMBERI...
Aku lupa,
bahwa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.

🌑🐝🌑~KETIKA...
Aku ingin jadi yang TERKUAT...
Aku lupa,
bahwa dalam KELEMAHAN....
Tuhan memberikan aku KEKUATAN.

🌑🐝🌑~KETIKA...
Aku takut RUGI...
Aku lupa,
bahwa  HIDUPKU...
Adalah sebuah KEUNTUNGAN, karena AnugerahNYA.

Ternyata hidup ini sangat indah...
ketika kita selalu BERSYUKUR kepadaNYA

🌑🐝🌑~BUKAN...
karena hari ini INDAH kita BAHAGIA...
Tetapi karena kita BAHAGIA...
maka hari ini menjadi INDAH.

🌑🐝🌑~BUKAN...
karena tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS...
Tetapi karena kita OPTIMIS...
RINTANGAN akan menjadi tak terasa.

🌑🐝🌑~BUKAN...
karena MUDAH kita YAKIN BOLEH...
Tetapi karena kita YAKIN BOLEH... semuanya menjadi MUDAH.

🌑🐝🌑~BUKAN...
karena semua BAIK kita TERSENYUM...
Tetapi karena kita TERSENYUM maka semua menjadi BAIK.

Tak ada hari yang MENYUSAHKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang membuat SUSAH.

🌑🐝🌑~BILA...
kita tidak dapat menjadi jalan besar...
cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui orang.

🌑🐝🌑~BILA...
kita tidak dapat menjadi matahari...
cukuplah menjadi lilin yang dapat menerangi sekitar kita.

🌑🐝🌑~BILA...
kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang...
cukuplah berdoa untuknya  🐝

Wednesday, 18 February 2015

Umur sudah mencecah 40han?

Sahabat.......😘😘😘
Sedikit tazkirah.......👳
Untuk kita yg akan ke arah umur 40han........
Memasuki alam 40han....
Di penghujung 40han.....dan Telah melewati 40an.....👊
Tanpa sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an.........✊

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
(Al Ahqaf: 15)

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
(Al Fathir: 37)

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

USIA MATANG 40 TAHUN:
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

PROGRAM HIDUP 40han:
Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup;
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah;
3. Menjadikan uban sebagai peringatan;
4. Memperbanyak bersyukur;
5. Menjaga makan dan tidur; dan
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.

Hukum Mencuci Guna Mesin Basuh

Assalamualaikum.. Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..

|Hadam Betul2 Ilmu ni|

Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.

Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan.

Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya tidak SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.

Langkah-langkahnya:
1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.

2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.

3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.

4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama-lama dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.

5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.

‪#‎Hukum‬ ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.

Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.

-Kuliah/Thoharah-

Kemusykilan ini telahpun dijawab oleh UAI: https://www.youtube.com/watch?v=Ra1TG534szE

P/S: Sampaikan pada Umat Islam yang lain.. moga bermanfaat utk semua.. InsyaAllah..

Tuesday, 17 February 2015

Pesanan AlmarhumTuan Guru Nik Aziz (TGNA)

13/2/2015- selepas smaye isya, nik abduh berucap
: Kato tok guru pesan jgn buat tahlil
: Dio suroh doa jah
: Dio kato mitok maah hok mano mari jauh smato2 nk ngatik
: Tarbiyyah rabbaniyyah oleh TGNA berlangsung hingga ke liang lahad .....
 pengkebumian TGNA tadi sarat dgn tarbiyyah rabbaniyyah yg sama sekali menguburkan:
1.adat,
2.bida'ah dan
3.khurafat yg dah berkurun mewarnai denyut nadi umat islam malaysia .....
1.tiada talkin,
2.tiada siraman air mawar,
3.tiada taburan kelopak kemboja,
4.tiada protokol tinggalan penjajah dan
5.tiada segala mcm bid'ah dan khurafat yg biasa melazimi pengkebumian umat islam malaysia .....
mudahan TGNA seorang karamah wali allah .....
الأصل في العبادة توقيفي
Maksudnya : Semua urusan dalam bab ibadah MESTILAH ada dalil ARAHAN SURUHAN dari ALLAH & RASUL

Monday, 16 February 2015

Tips Anak Genius

~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Sunday, 15 February 2015

Kenapa Asyik Gagal Buat Bisnes

KENAPA GAGAL DAN BAGAIMANA BERJAYA

👧 Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.

👧 Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.

👧 Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.

👧 Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.

👧 Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap & merajuk.

👧 Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.

👧 Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.

👧 Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.

👧 Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.

👧 Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.

👧 Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.

👧 Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.

👧 Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.

👧 Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.

👧 Orang berjaya sudah buat keputusan awal untuk mereka berjaya.

👧 Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.

👧 Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.

👧 Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.

👧 Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.

👧 Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.
Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨

Saturday, 14 February 2015

Tips Bersedekah Secara Kreatif

Kreatif dlm bersedekah:

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg

2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

3.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

4. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, &  bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

11. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal.

12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya.


Selamat bersedekah.

Friday, 13 February 2015

6 Gambar Ribuan Rakyat Mengiringi Jenazah Tuan Guru Hj Nik Abdul aziz

Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat jam 9:45 malam. Berita ini cukup menggemparkan negara dan memberi impak besar kepada rakyat. Ribuan rakyat tidak melepaskan peluang untuk mengiringi jenazah Tuan Guru sebagai penghormatan terakhir. Sebak dan pilu akan kehilangan seorang tokoh Islam yang amat disegani. 







Thursday, 12 February 2015

Penyakit Kanser Kenali Tanda-tanda Awal

Pesakit Kanser


Fakta Asas Kanser

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian. Sel Normal Di Dalam Badan Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser. Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi. Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser. "Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia. Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

Tumor yang Bukan Kanser

Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser

Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.

Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.

Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.

Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Sumber: Persatuan Kanser Amerika

Wednesday, 11 February 2015

Cegah Penuaan dengan Vivix Revolusi Penemuan Shaklee

Vivix Shaklee Cegah Penuaan dan Kanser

Vivix mencegah penuaan di peringkat selular. Setiap hari sel di dalam tubuh badan kita diserang dengan tekanan,  diet yang tidak seimbag dan toksin alam sekitar. Lebih banyak serangan yang kita hadapi maka lebih tinggi peluang untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan penuaan. lindungilah sel-sel tubuh secara semulajadi dengan Vivix yang mengandungi pelbagai bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal.

Kelebihan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


Memperbaiki Tenaga Sel
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kebaikan Vivix Shaklee


1.   Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2.   Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3.   Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4.   Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5.   Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6.   Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
7.   Membantu merawat penyakit parkinson
8.   Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
9.   Meningkatkan kesihatan imun badan
10. Menggalakan kesihatan keseluruhan

Kandungan Semulajadi Vivix Shaklee
Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

Siapakah yang perlu ambil Vivix?

1.  Pesakit Kencing Manis
2.  Pesakit Darah Tinggi
3.  Pesakit Jantung
4.  Pesakit SLE
5.  Pesakit Radang Usus
6.  Pesakit Nyanyuk 
7.  Pesakit Gout
8.  Pesakit Kanser
9.  Pesakit yang menderita Sakit Sendi
10.Pesakit Lemah Daya Tahan Penyakit

Berikut adalah senarai jenis pesakit yang sangat digalakkan untuk consume Vivix. Bagi yang sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit seperti yang dinyatakan juga boleh consume Vivix untuk tujuan kecantikkan dan mencegah penyakit seperti yang dinyatakan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawati.


Testimonial Pengguna Vivix Shaklee


pengguna vivix sembuh sakit kencing manis


Testimoni Vivix Shaklee operation fibroid



Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee?

Anda boleh mendapatkannya di cawangan Shaklee berdekatan atau boleh terus order melalui saya kerana saya merupakan Independant distributer Shaklee yang sah. Sebarang pertanyaan dan Konsultasi boleh lah terus diajukan kepada saya jangan malu dan segan kerana saya dengan berbesar hati ingin membantu segala permasalahan anda InsyaAllah.


Hawa
Shaklee ID: 1170237
Contact: 0182510240


Tuesday, 10 February 2015

Jangan Ambil Kerja Tuhan!

Assalamualaikum,

Pesanan ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan anda. Mari muhasabah diri =)

Jangan Ambil Kerja Tuhan Usaha Doa Tawakkal

Jangan Ambil kerja Tuhan! Amboi bukan main kontrovesi lagi tajuk kali ni kan. Tapi betul. Perasan tak selama ni kita sering Terambil kerja Tuhan. Kita ada bermacam-macam perancangan dalam hidup nak buat itu ini tapi kita persoalkan bolehkah aku buat itu, bolehkah aku buat ini. Aku nak buat bisnes tapi macam mana kalau aku gagal dan sebagainya. Apakah kerja kita? Kita disuruh berusaha dan berdoa dan tawakallah dengan setiap ketentuan tuhan.

Sebagai Ibubapa pula kita memang merancang yang terbaik untuk anak-anak sehinggakan urusan rumahtangga anak-anak pun kita nak tentukan dan kita merasakan perancangan kita adalah terbaik sehingga kita terlupa bahwa perancangan Allah s.w.t itulah yang paling baik.

Saya melihat pada orang-orang yang berjaya kebanyakannya adalah mereka yang sangat dekat dengan Allah s.w.t. Mereka mengusahakn sesuatu yang mereka mahukan dan bersedia menghadapi segala keputusan Allah s.w.t. Apa yang nak dirisaukan sekiranya kita dah berusaha. Allah s.w.t juga telah berfirman "Barang siapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya.

Dalam konteks hidup saya pula. Saya merancang untuk menjaga anak sambil menjana pendapatan dari rumah. Untuk merealisasikannya saya telah ambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan dan mencuba perniagaan secara online. Keadaan saya beberapa minggu ini sangat tertekan sehingga saya mendapat bermacam penyakit demam, batuk yang sangat teruk, selsema, tekanan darah rendah, sukar bernafas dan terbaru jangkitan kuman pada mata. Saya tertekan kerana memikirkan kegagalan yang bakal saya temui dan saya perlu meneruskan kerjaya saya seperti biasa. Saya membayangkan rutin harian saya bekerja dan bertemu/bermain dengan anak cuma 2-3 jam sehari. Kadang-kadang cuma sempat ambil dia bawa masuk tidur bersama.

Seorang rakan telah menghantar email dengan pesanan Jangan Ambil Kerja Tuhan ketika kita terlalu banyak berfikir kita sering Terambil Kerja Tuhan. Saya terduduk. Ya Allah, malunya saya.. saya berusaha dan berdoa tapi tawakal entah ke mana. Semuanya memakan diri sehingga kerja tak dapat dijalankan dengan sempurna, Tak kesah lah samada jadi jurutera atau usahawan asalkan saya dapat menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan rezeki yang saya cari mendapat keberkatan. Semoga Allah s.w.t memberikan kita kekuatan dan kejayaan duniawi dan ukhrawi. Amin.

Monday, 9 February 2015

Bertenaga Ketika Berpantang Dengan ESP

Teringat ketika berpantang dulu badan lesu tak bermaya. Masa tu Naufal kena jaundice ulang-alik saya dan husband ke hospital. Naufal di tahan selama 3 hari di tahan di wad NICU Hospital Sungai Buluh kami perlu buat rawatan susulan di Hospital dan Klinik berdekatan. Kuning Naufal dikesan waktu dia berusia 3 hari , masa tu tahap kuning nya tersangat tinggi.

Baby Demam Kuning atau Jaundice wad NICU Hospital Sg Buloh
Wad NICU Hospital Sungai Buloh


Saya dan suami sangat-sangat tertekan bukan sebab penat tapi risaukan keadaan Naufal, mana taknya itulah anak yang Allah s.w.t kurniakan kepada kami setelah 5 tahun perkahwinan. Mengalir air mata kami berdua ketika Naufal dimasukkan dalam mesin. Selama 3 hari di wad saya memang tak dapat nak tidur langsung risau anak tersedak ke hape kat dalam tu. Saya cuma tidur pada waktu pagi bila suami sampai ke hospital dan boleh tengokkan Naufal. Ada sesetengah bayi tak suka duduk dalam mesin tu, kata nurse mesin tu paling tinggi suhu dan kuat pancarannya. Tapi saya tengok Naufal suka sangat duduk dalam tu, tidur nyenyak. Pernah doktor buat pemeriksaan pada waktu pagi dan tarik dia keluar dari mesin, terus menangis. Doktor pun masukkan semula sambil cakap 'sorry baby' terus Naufal diam semula dan sambung tidur. Terlalu lama dalam mesin menyebabkan kulit Naufal menggelupas teruk.

Baby Demam Kuning atau Jaundice wad NICU Hospital Sg Buloh
Naufal selepas rawatan 

Saya akan pastikan setiap 2 jam Naufal diberi susu badan. Sangat menyedihkan susu badan saya sikit sangat waktu tu tapi saya paksa perah guna pam dan tangan sampai dada terasa sangat perit sekali. Mungkin juga sebab saya tertekan jadi susu tak terhasil. Itulah yang saya lakukan sepanjang malam sambil pantau keadaan Naufal. Syukur sangat wad di Hospital Sungai Buluh memang sangat selesa kemudahan pun lengkap dan nurse baik-baik. Ketika di wad ini lah saya mula mengerti betapa power nya susu ibu. Hati dan jantung bayi yang belum matang meyebabkan bilirubin yang bersifat tak larut ini tak dapat di proses untuk di nyah melalui najis. Kadar bilirubin yang tinggi dalam badan tulah yang menyebabkan kuning tinngi. Hanya susu ibu yang dapat membantu mematangkan jantung dan hati bayi.

Ada yang menyarankan saya bermacam-macam cara, boleh lihat entri  saya tentang Mitos Rawatan Demam Kuning atau Jaundice. Namun dengan kenyakinan yang tinggi terhadap anugerah Allah ini  (susu ibu) maka taklah saya cuba petua yang disarankan. Bukannya malas tapi risau juga ada yang cakap berkesan guna cara-cara yang di nyatakan ada juga yang tak berkesan malah bertambah teruk.

Lepas Naufal keluar dari wad kami perlu buat pemeriksaan susulan di klinik berdekatan, tiap-tiap hari Naufal kena cucuk. Bila tengok anak meraung saya pun meraung sekali tapi tak keluar bunyinya. Tak tergamak rasanya lihat kaki yang kecil di ambil darah. Paling teruk pada hari ke-14 dia perlukan 4 botol kecil darah Naufal untuk buat siasatan. Saya dihalau keluar oleh nurse bertugas yang kedengaran cuma raungan Naufal dengan volume yang paling Max sampai serak-serak suara. Berderai-derai air mata saya di luar mengharapkan sesi ambil darah tu cepat habis. Setelah selesai tangisan Naufal masih kedengaran tercicir-cicir, bila saya peluk dia terus tertidur, kepenatan agaknya.

Kuning Naufal sekejap turun dan  sekejap naik. Naik pun bukan di tahap membimbangkan. Sehinggalah pada hari ke-30 genap sebulan usia Naufal kuning nya turun dengan mendadak berbeza dengan 3 hari lepas. Gembira tak terkata sebab doktor kata tak perlu datang lagi. Tak perlu cucuk lagi.

Badan saya sangat lesu kerana perlu ulang-alik ke hospital dan perlu bangun setiap 2 jam untuk menyusukan anak, tetapi mujurlah ada ESP. Kadang tak sempat makan saya akan bancuh ESP dan VICO yang memang menjadi kegemaran saya. Saya sebenarnya ketagih minum ESP sebab rasanya yang sedap. Mujurlah Bagi Ibu yang breastfeed tak digalakkan minum banyak sangat. Bila minum ESP saya jadi bertenaga dan tahan lapar. Susu yang terhasil pun pekat buat saya gembira sangat. Itulah sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan.

Sunday, 8 February 2015

12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar

Seram sejuk bila baca ;          


DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR 

12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar
        

1.🌻Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.


2.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.


3.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.


4.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.


5.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.


6.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.


7.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.          


8.🌻 Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.          


9.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.          


10.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.       


11.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
         
12.🌻 Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.          

Saturday, 7 February 2015

12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W serta kelebihannya.

Allah S.W.T memberikan ganjaran yang sangat besar kepada yang mengamalkan sunnah. Satu sunnah diamalkan secara berterusan diberikan 100 ganjaran mati syahid. Sedangkan satu ganjaran mati syahid sudah cukup menjamin untuk masuk syurga.

Makanan Kegemaran Rasulullah
Makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w


1. Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma - Rasulullah (SAW) bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin - Buah dari syurga boleh mengubati buasir.

4. Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5. Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum pada waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.

7. Susu - Rasulullah (SAW) bersabda susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan memuang kelupaan.

8. Cendawan - baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - Rasulullah (SAW) bersabda sebaik-baik hidangan makanan adalah KHAL(cuka).

12. Air - Minumn terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana akan menyebabkan mudah mendapat sakit pada hati.

Nabi Muhammad s.aw adalah sebaik-baik ikutan. Apa yang nabi buat, apa yang dimakan serta apa yang diamalkan seeloknya menjadi amalan kita juga. Mudahan kita menjadi ummat yang mendapat syafaatnya. Sedikit perkongsian tentang Makanan kegemaran Rasulullah.Semoga Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W ini menjadi Makanan Kegemaran kita semua.

Friday, 6 February 2015

Suami Comel yang Mithali

Haihhhh...lama bebenor xmenaip rasa dah berkerak jari jemari yang macam seakan akan"cekedis Twisties " ni.saja je nak tau pengalaman menaip blog ni apa feel die.mcm syok pon ada,Haa malam ni turn si seben (Husband) plak try2 hapdate(update) blog,bukan apa  orang umah demam.maklum la sibuk ngat semenjak bergelar ibu ni.anak,rumah,somi (suami) lagi nak jaga keperluanya.blum kire yang banyak cekadaknya lagi (tangan atas bahu mata pandang atas),apa apa pun terima kasih sayang (Nora Bagi 4 bintang).hope you get well soon syg.Amin,For those not married yet haa sila silah kawen cepat2. sebab kawen ni segala nikmat yang Allah s.w.t berikan.klo nak cite tu mau kne ada blog "Angan Angan jadi Cita cita" Vol 2 kot sbb memang banyak.korang tanya Pakcik Gogel (Google) xpon gua bagi link lu pepandai la negok2 k.
            http://www.queachmad.com/2013/06/murah-rezeki-apabila-berkahwin.html

kahwin itu Indah dan Murah Rezeki
Exited tunggu anak sulung aku kuar!!


ok la badan sudah penat.kelopak mata sudah 3 kilo beratnya.bantal sudah mengoda.tilam sudah hamparkan dirinya.selimut sudah pandai melambai (Adoii seram la plak)..insyaAllah gua akan kembali menulis walapon...(hekleh taip macam ni je) andainya wifey gua masih dalam keadaan tidak sihat..ok Asalamualaikum Terima lah lagu faizal tahir "Asalamualaikum"...(tengok youtube sendiri)

Thursday, 5 February 2015

Cuti-Cuti Malaysia Bukit Malawati, Kuala Selangor

Sudah menjadi tabiat setiap kali hujung minggu mesti mencari tempat untuk jalan-jalan bersama keluarga. Waktu hujung minggu  la nak bawa anak berjalan-jalan. Jadi trip minggu ni adalah Bukit Malawati yang letaknya di Kuala Selangor cuma 20minit je dari rumah parent di Kg Parit Mahang Jeram.  
Bukit Malawati - Lotong

Biasanya kalau datang ke sini pada hari biasa (weekdays) kita boleh bawa masuk kederaan naik sampai atas sebab kemudahan trem tak disediakan. Kalau suka naik trem datang lah pada hujung minggu (weekend). Tiket untuk naik trem cuma RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak, murahkan.

Trem akan berhenti di puncak bukit, kita boleh pilih untuk turun atau teruskan ke destinasi berikut Taman Ikan Air Tawar. Di puncak Bukit Malawati biasanya disini monyet-monyet atau dikenali sebagai specis lotong ni memang dah meunggu untuk diberi makan. Kalau rasa takut dengan monyet jangan lupa beli ular plastik taw. Jangan risau monyet di sini jinak-jinak. Ada banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di puncak bukit ini seperti melawat tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

Bukit Malawati

Destinasi berikutnya Taman Ikan Air Tawar. Terdapat banyak specis Ikan Air Tawar disini. Terdapat juga kandang Burung Merak, Kolam Kura-kura dan sebagainya. Bawa anak kecil datang ke sini memang suka sangat melihat telatahnya. Sambil berjalan sambil belajar.

Taman Ikan Air Tawar - Ikan Toman

Siapa kata bawa anak berusia 5 bulan nak buat apa, bukan tahu menghayati. Tengok saja gelagat Naufal melihat binatang disini bulat matanya sambil menunjal-nunjal kaki dan melibas-libaskan tangannya. Nampaknya sel-sel otaknya sedang berkembang ehehe.

Wednesday, 4 February 2015

Obses SHOPPING Topi Baby

Siapa yang suka tengok barang baby angkat tangan!! hehe  Geram kan tengok barang-barang baby lebih-lebih lagi waktu SALE kena pulak waktu SALE 70% wah memang gila shopping, dah la cute-cute semuanya, murah pulak tu. Dulu sebelum ada anak suka sangat belikan baju untuk anak-anak sedara lebih-lebih lagi kalau pergi Shopping dekat SOGO memang rambang mata tengok pakaian bayi dan kanak-kanak, sehelai dua mesti sangkut bawa balik untuk Hannah Mariam dan adiknya Syahid. Sekarang dah ada anak boleh la belikan baju anak sendiri pula tapi lain pula penyakit yang datang saya sangat obses shopping topi bayi.

Boleh katakan setiap kali keluar shopping mesti beli topi, pantang tengok topi gatal je tangan ni nak membeli. Setakat ini koleksi topi anal saya Sh. Naufal Islam lebih kurang plus minus 30 helai kalau tak silap. Kat sini saya nak kongsikan sedikit koleksi topi anak saya.

Topi Baby Tiny (Blue Stripes)
Topi ini dibeli sebelum Sh. Naufal islam lahir. Pergi shopping dekat QQ Baby Shop di Setapak dengan perut bonyot. Boleh tahan juga barang bayi dekat sini memang agak murah terutama sekali pakaian bayi.
Shopping topi baby comel QQ Shop


Topi Baby Pureen
Topi Baby Pureen ni beli dekat pasaraya Briliant Sg. Besar. Topi ni simple tapi antara yang selalu Naufal pakai sebab ianya sangat kemas dan ngam-ngam jer dengan kepala Naufal.
Shopping topi Baby comel Pureen


Topi Baby Tenderly (Black Stripes)
Topi Tenderly ini adalah kegemaran Mummy Naufal, tiap kali nak keluar mesti cari topi ni. Bila topi ni hilang rasa nak nangis pon ada haha over kan.

Shopping topi baby comel Tenderly
Topi OKBB (Owl) 
Topi ni dibeli sewaktu saya dah husband nak beli topi Tenderly menggantikan topi Tenderly yang hilang. Disebabkan tak ada topi Tenderly sebijik macam tu jual kat Tesco husband pun berkenan dengan topi ni, comel katanya.

Shopping topi baby comel OKBB

Topi Animal JBaby
Topi Animal JBaby ni adalah febret ayah Naufal. Setiap kali nak keluar mesti tanya mana topi ada telinga. Topi ini dibeli dekat Aeon Jusco Setiawangsa. Nampaknya Ayah Naufal dah berjangkit penyakit mummy Naufal yang obses dengan topi bayi.



Topi Panda
Topi ni dibeli oleh Ayah Naufal waktu pergi outstation dekat Melaka. Nampak tak penyakit obses dengan topi bayi ni dah menular sila hati-hati ye hehe.

Topi Baby Kiko
Topi  Baby Kiko ini yang paling latest setelah bernekad tak nak beli topi lagi!!! Tiba-tiba saya dihasut oleh adik katanya topi yang jenis macam ni Naufal belum ada lagi tengok la smart betul topi ni. Maka saya lupakan azam tu sekejap.

Tuesday, 3 February 2015

Tempat Makan Best-Nasi Bamboo Hot Spring Sungai Klah

Nasi bamboo.. menyebutnya saja dah bikin kecur ayak liur hehe.. sebelum ni cuma dengar dari kawan-kawan tentang nasi bamboo nie dan kebetulan ada majlis pembukaan restoran makcik di Slim River terus lah lajak ke Hot Spring Sungai Kelah untuk makan Nasi Bamboo.


Gerai Nasi Bamboo ni letaknya tidak jauh dari Hot Spring Sungai Kelah rasanya ramai yang dah mencubanya. Apa yang unik di sini sudah semestinya nasi yang dikukus dalam bamboo (Alaa macam nak buat lemang tu) . Ramai sungguh yang bertandang ke gerai ni sampai kena beratur panjang, tapi mujurlah tempat beli air, lauk dan nasi asing-asing jadi boleh la dibahagi tugas membeli, cepat sikit kan. Lauk pertama saya cuba adalah ikeli salai bersama kerabu. Bila saya menyumbat lauk kedalam mulut tiba-tiba saya tergamam. Ya Allah sedapnya!!hehe. Sebenarnya saya memang sukakan makanan selera kampung tapi apakan daya sekarang zaman dah canggih jarang orang panggang ikan guna dapur arang. Ikan keli salai rasa smooky tulah yang menambah kelazatan ikan tu, makan pula dengan kerabu yang boleh saya katakan PERFECT! ada beberapa lauk lagi yang kami ambil seperti gulai kambing masak batang pissang (Febret Ayah), ayam bakar, Talapia Bakar tetapi saya dari awal sampai habis mengadap keli salai bersama kerabu tak mahu kacau nikmat kelazatan itu haha over kan.


Kalau dah makan tu takkan tak ada air nya kan, mati tercekik keli salai kat anak tekak baru taww! Air kat sini tak lah special air biasa-biasa macam jus tembikai, sirap, laici tapi apa yag special bagi saya adalah cendol nya. Sebenarnya saya tak berapa gemar cendol tapi cendol kat sini lain sikit rasanya lebih smooth dan simple tapi sedap. Konon-konon tumpang rasa cendol si suami habis semangkuk saya bedal kiki..



Perut pun sudah kenyang, agak-agak ada space lagi tak untuk makan di majlis pmbukaan tu nanti. Hurmm

Monday, 2 February 2015

About Me

Blog ini diusahakan oleh seorang  ibu, isteri dan jurutera muda yang baru sahaja berusia 26 tahun dan akan menyambut hari jadinya yang ke 27 pada bulan Oktober tahun 2015.Saya mempunyai seorang cahaya mata hasil dari 5 tahun perkahwinan. Saya berharap blog ini dapat , memberi manfaat kepada semua dan berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan lebih baik untuk kebaikan bersama.


Tak banyak yang nak dicerita tentang saya kerana saya hanyalah seorang manusia biasa. Saya bersekolah di 5 buah sekolah yang berlainan sepanjang 5 tahun sekolah menengah. Dari sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Pondok, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama kerajaan dan Sekolah Asrama Penuh/Sek. Bestari, macam-macam orang juga saya dah jumpa, macam-macam rentak dan ragam yang saya sudah lihat. Kenapa ya saya asyik bertukar sekolah?  InsyaAllah saya akan kongsikan mengikut keperluan hehe.

Sebarang artikel dalam blog ini merupakan luahan idea dan perkongsian bersama. Tidak ada niat untuk mencemar peribadi sesiapa, menghina, membenci, menyalahkan antara satu sama lain, mengadu domba, mendengki dan sebagainya. Ianya lebih kepada berkongsi pendapat biarpun kita semua tahu kita mempunyai pendapat yang berbeza dalam setiap isu samada isu pengajaran, isu semasa, isu pelajaran dan sebagainya.
Saya berharap blog ini dapat memberi impak positif ke dalam diri saya dan orang sekeliling saya. Mudahan blog ini tidak menjadi medium mengumpat, memfitnah atau mencaci sesama kita. Terima Kasih kepada Ibu Zarith kerana memberi galakan sehingga tertubuhnya blog ini.