Thursday, 29 January 2015

The Kabin Pantai Remis

The Kabin yang terletak di Pantai Remis, Selangor ,baru saja beroperasi pada awal bulan Disember 2014. Tempat ini tak jauh dari Restoran Ikan Bakar Jeram, lebih kurang 2km  dan juga sebelah kolam ikan Pantai Remis.


Pintu masuk The kabin 
Kami sekeluarga memang selalu ke Pantai Remis, boleh dikatakan hampir setiap minggu untuk beli makanan laut yang segar. Dekat sini memang banyak pilihan makanan laut, ikan pun memang fresh-fresh belaka, kadang-kadang masih menggelupur lagi ikan kat atas meja. Selain tu kepah, mentaram, kerang, lala, siput sedut dan macam-macam lagi makanan laut yang saya tak pernah jumpa pun ada dijual disini. Apa yang tak best kat pantai ni ialah pantai ni tak boleh mandi berselut habis satu badan nanti  huhu (Rindunya dekat Teluk Cempedak Kuantan). Selama ini kami tak pernah perasan pun kewujudan hotel ini mungkin sebab hotel ni baru beroperasi. Namun selepas The Kabin disiarkan di dalam Majalah 3 pada 29 Disember 2014, kami tertarik untuk meninjau hotel tersebut.

Pertama kali masuk di kawasan hotel ini hurmm boleh tahan ohsem juga. Melihat kepada konsep yang diketengahkan oleh pengasas The Kabin memang beliau seorang yang sangat kreatif, lebih mengagumkan pemiliknya adalah warga tempatan. Saya amat tertarik bagaimana kontena buruk menjadi sebuah tempat yang sangat selesa untuk didiami.

Ada banyak kemudahan yang disediakan di The Kabin seperti, kolam renang (bagi kanak-kanak & dewasa), kafe (berhampiran dengan kolam renang), tempat untuk BBQ, bilik karaoke, basikal, rumah atas pokok dan lain-lain lagi. 
swimming Pool
Sewaktu kami sedang pusing-pusig kawasan hotel ada seorang staff offer kami untuk masuk ke dalam kabin. Kabin tersebut merupakan antara yang terbesar boleh menempatkan seramai 6 pax (bukan 6pax yang kat perut tu oke) Kabin tersebut di beri nama Hamburg. Kedudukan bilik ini agak privasi sesuai bagi mereka yang sukakan privasi. Untuk meninjau kawasan sekeliling boleh naik keTree House yang letaknya bersebelahan dengan bilik Hamburg. Bagi yang sukakan bilik yang dekat dengan kolam renang, buka pintu terus terjun masuk dalam kolam bolehl tempah bilik yang di beri nama Rotterdam yang betul-betul berhadapan dengan kolam renang.

Double Deker

Master Bedroom

Rasanya kalau nak buat family day atau honeymoon sambil menikmati pemandangan kampung memang sesuai sini, makanan pun memang senang nak dapat. Bagi yang berminat bolehlah melayari website The Kabin. Peace!!
Tree House




The Kabin 
Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis,
45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Coordinate: 3.195 N, 101.307 E
Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia
Website : http://thekabin.com.my/

Sila hubungi :
 +60176783825 (Firdaus Sany - Operations Manager)
+60185932014 (The Kabin Front Desk)